Blog Ini Hanya Memaparkan Laporan Aktiviti SMK Jengka 10 DanPerkara Yang Berkaitan Dengan PendidikanSahaja. Editor Tidak Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Salah Laku Dalam Blog Ini.

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN

TARIKH PEPERIKSAAN

Monday, February 28, 2011

Ceramah Gigi

Ceramah Pergigian telah diadakan pada 28 Februari 2011 di Surau SMK J10. Pencemarah adalah dari Hospital Bandar Jengka. Selain ceramah, pelajar juga diberikan hadiah jika menjawab soalan dengan betul.

 

Thursday, February 24, 2011

Ceramah Sempena Maulidur Rasul


Program ini adalah anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Unit Bina Insan SMK Jengka 10. Ianya juga adalah sinambungan daripada sambutan yang telah diadakan pada 16-2-2011 di Masjid Ubbudiah Jengka 10. Semoga semua yang hadir mendapat keberkatan kerana memuliakan hari kelahiran junjungan mulia kita Muhammad SAW. Amin.

Nampaknya Encik Moq dan Encik Fitri bersungguh-sungguh menjalinkan persahabatan.

Berselawat bersama-sama.









atau dibawah

http://www.youtube.com/watch?v=uxAdignrUf0

Wednesday, February 16, 2011

LAGU RASMI SMK JENGKA 10

Inilah liriknya. Dengan rasminya dinyanyikan bermula 2010. Jadi murid-murid lama dan bekas-bekas pelajar bolehlah dengar lagu ini.

LIRIK

SMK Jengka Sepuluh
Berdiri megah tersergam indah
Menjadi kebanggaan kita
Anak-anak watan tercinta

Seiring kita melangkah
Bersama tekad nan satu
kita julang impian bersatu
Hasrat kita capai kejayaan

Sekolah tercinta baktimu nyata
Sepakat kita menuju jaya
Sekolah tercinta terus gemilang
Di persada negara

Ilmu Suluh Hidup
Pahatkan ia di jiwa
Dengan iltizam yang tinggi
Visi, kan pasti jadi realiti
Kan pasti jadi realiti

Lagu: SANI BIN Hasan
Lirik: SITI ZULAIHA AHMAD SOLIHIN/FARIDAH ISHAK

LAGU SMK JENGKA 10 (minus one)

LAGU SMK JENGKA 10

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Sambutan Maulidur Rasul disambut oleh masyarakat Jengka 10 pada 16 Februari (13 Rabiul Awal 1432 H) bermula di Padang Belia dan tamat di Masjid Ubbudiah Jengka 10. Semua warga SMK Jengka 10 juga tidak ketinggalan untuk menyertai program yang dianjurkan oleh JKKK Jengka 10 dan Badan Agama Masjid Ubbudiah Jengka 10.
Program sambutan ini bermula pada 15 Feb lagi iaitu pertandingan Imam, Azan dan Menulis Jawi.  Keiga-tiga acara ini juga diseratai oleh pelajar-palajar SMK Jengka 10.


 

 

 





KEM KEPIMPINAN di TEKAM RESORT


Diadakan pada 11 hingga 13 Februari untuk semua pengawas dan pemimpin unit kokurikulum. Kem ini diadakan di Tekam Resort yang berada di Pusat Penyelidikan Tun Razak (PPTR). Pelajar dan guru melakukan pelbagai aktiviti dan bermalam di sana.


  
  

 







Wednesday, February 9, 2011

SeLaMaT HaRi JaDi

Hadiah boleh dituntut mulai sekarang. Kuang 3x.

3 Feb: Ust. Sazimi Nawi

10 Feb: Datin Hjh. Norrul Ain Md Hashim

18 Feb: Pn. Hjh. Kamariah Mohamad

21 Feb: Pn. Siti Rahimi Ismail

25 Feb: En. M. Shabri Shahrel